fb fb fb fb fb

Korea Selatan tingkatkan amaran kesihatan kepada 'kritikal' ekoran bantahan doktor

Doktor mengambil bahagian dalam bantahan terhadap rancangan untuk memasukkan lebih ramai pelajar ke sekolah perubatan / Foto Reuters

SEOUL, 23 Februari - Korea Selatan telah meningkatkan amaran kesihatannya setakat pagi ini selepas beribu-ribu doktor mengambil tindakan berhenti kerja minggu ini untuk membantah rancangan kerajaan dalam meningkatkan bilangan kemasukan ke sekolah perubatan, kata Kementerian Kesihatan.

"Kami telah memutuskan untuk meningkatkan amaran risiko bencana penjagaan kesihatan daripada berhati-hati kepada teruk," kata kementerian itu dalam satu kenyataan lewat semalam.

Perdana Menteri, Han Duck-soo akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan bencana berhubung perkara itu hari ini, kata kementerian itu.

Jabatan kecemasan di hospital terbesar di Korea Selatan berada pada tahap kritikal sejak doktor pelatih mula meninggalkan kerja minggu ini sebagai protes terhadap rancangan kerajaan untuk meningkatkan kemasukan ke sekolah perubatan bagi memperkukuh sektor penjagaan kesihatan.

Bantahan yang dibuat oleh hampir dua pertiga daripada doktor muda negara itu telah memaksa hospital untuk menolak pesakit dan membatalkan prosedur, meningkatkan kebimbangan mengenai gangguan selanjutnya terhadap sistem perubatan sekiranya pertikaian itu berlarutan.

Para doktor berkata isu sebenar adalah gaji dan keadaan kerja, bukan bilangan doktor.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN