fb fb fb fb fb

KOPYUN perintis pengeluaran ternakan ayam berskala besar

TEMERLOH, 1 Januari - Koperasi Keluarga Haji Yunus Kampung Raja Berhad Songsang ( KOPYUN) di sini menjadi perintis gerakan ekosistem baharu pengeluaran ternakan ayam berskala besar bagi memenuhi permintaan tinggi pasaran negara.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi itu dipilih atas dasar berpengalaman lebih empat tahun dalam industri ternakan ayam dalam negara.

Menurutnya, koperasi tersebut mempunyai empat reban yang dikendalikan secara moden dan mampu memantau perkembangan dan pembesaran ayam sehingga di pasarkan bagi keperluan tempatan.

"Tujuan membuat projek printis Angkasa dicadangkan pihak kerajaan mengambil insentif mengerakkan gerakan koperasi untuk mewujudkan ekosisitem baharu ternakan ayam. Jadi hasil daripada ternakan ini akan dipasarkan kepada outlet koperasi di Angkasa bawah program Barang Asas 100 (BA100)," kata Abdul Fattah kepada media selepas lawatan kerja ke ladang perintis ternakan ayam kendalian Koperasi Keluarga Haji Yunus Berhad Kampung Raja, Songsang, di sini.

Jelasnya , projek itu diusahakan bersama-sama KOPYUN sebagai langkah bersepadu dalam memastikan pengeluaran ayam dan produk berkaitan dapat memenuhi permintaan pasaran yang semakin bertambah.

Tambah beliau, sebanyak 32,000 ekor anak ayam dimasukkan di ladang ternakan koperasi tersebut dan boleh dilihat perkembangannya dalam masa 35 hari.

Projek perintis berkenaan berjaya membekalkan ayam segar dan memenuhi permintaan pengguna ahli koperasi dan pemain industri.

Hasil ternakan dipasarkan kepada 1,200 koperasi pengendali program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) yang menjual barangan asas secara dalam talian.

Beliau berkata Angkasa menyasarkan sebanyak lebih sejuta ekor sebulan bagi memenuhi keperluan 7.3 juta ahli koperasi. 

TETITIA YUSOFF