fb fb fb fb fb

Koperasi Sekolah Pulau Pinang catat perolehan lebih RM25 juta

Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol

KEPALA BATAS, 2 Oktober - Koperasi Sekolah Pulau Pinang mencatat perolehan lebih RM25 juta didorong penglibatan aktif lebih 72,000 pelajar dari 138 buah koperasi sekolah yang berdaftar di negeri itu.

Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, koperasi sekolah berperanan sebagai 'guru awal' dalam melahirkan usahawan muda berkualiti dan koperator yang berpengetahuan.

"Kerajaan negeri komited melahirkan usahawan sejak di peringkat awal lagi, khususnya di peringkat sekolah. Kerajaan juga konsisten menyokong gerakan koperasi melalui peruntukan Geran Mutiara MADANI. Sejak tahun 2021, sebanyak RM1.4 juta telah diperuntukkan bagi tujuan tersebu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Asas Keusahawanan Koperasi (Aksi) Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini.

Bagi mengukuhkan lagi sektor itu Kerajaan Negeri turut mengumumkan inisiatif Grant Mutiara MADANI yang menawarkan bantuan sehingga RM5,000 bagi setiap koperasi untuk tujuan pengembangan dan peningkatan aktiviti.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI