fb fb fb fb fb

Konvokesyen pertama UPTM rai lebih 2,000 graduan

Graduan UPTM diraikan dalam Majlis Konvokesyen pertama UPTM di ibu negara

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Universiti Poly Tech Malaysia (UPTM) meraikan seramai 2,135 graduan sulung di Majlis Konvokesyen Pertama UPTM ia sekali gus telah mencipta sejarah tersendiri.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Wira Dr. Asyraf Waldi Datuk Dusuki berkata, tujuan penubuhan satu lagi universiti bawah MARA itu adalah sebagai pelengkap ekosistem pendidikan tinggi MARA yang memfokuskan kepada perniagaan dan perakaunan.

UPTM menawarkan program pengajian berkualiti yang mendapat permintaan tinggi dan sentiasa relevan dengan keperluan industri.

Seramai empat graduan menerima ljazah
Doktor Falsafah (PhD), ljazah Sarjana (38), Diploma Pascasiswazah Pendidikan (62), Pengajian Profesional (36), ljazah Sarjana Muda (1,038) dan penerima Diploma (957).

Empat graduan antarabangsa dari Nigeria, Filipina serta Indonesia turut diraikan pada majlis konvo tersebut dalam pelbagal peringkat dan bidang pengajian.

Buat julung kalinya, UPTM telah menganugerahkan ljazah Kehormat Kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Majlis konvokesyen itu berlangsung pada 16 dan 17 Disember.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI