fb fb fb fb fb

Kontrak suami Hannah Yeoh: 'Pihak bertanggungjawab perlu telus' - PM

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab untuk menyiasat isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat milik suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Sekiranya ada laporan, pihak bertanggungjawab perlu bersikap telus dalam proses siasatan.

"Yang itu kita serah kepada authorities (pihak berkuasa). Kalau ada laporan, it should be transparent in their investigations (perlu telus dalam penyiasatan).

"Kalau ada laporan, ada siasatan dan patut ada penjelasan. Apa prosesnya? Patut dianggap kes biasa yang patut disiasat," kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam dengan tema Ekonomi Islam Global: Agenda Reformasi Untuk Kesejahteraan Bersama di sini hari ini.

Terdahulu, isu berkenaan timbul apabila terdapat dakwaan kontrak Kerajaan Selangor diberikan kepada firma syarikat milik suami Hannah Yeoh.

ARTIKEL BERKAITAN
Kontrak kerajaan Selangor kepada suami Hannah Yeoh bukan satu kesalahan- SPRM

SITI AISHAH MD ISA