fb fb fb fb fb

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 20 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini dengan sebanyak 60 lot diniagakan.

Kontrak bulan semerta April 2023 meningkat kepada US$1,994.00 setiap troy auns berbanding US$1,978.40 setiap troy auns semalam (US$1=RM4.43).

Kontrak bagi Mei 2023, Jun 2023, Julai 2023 dan Ogos 2023 masing-masing ditutup pada US$2,004.10 setiap troy auns daripada US$1,987.60 setiap troy auns sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,990.55 setiap troy auns seperti diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 19 April 2023.-BERNAMA


(FOTO HIASAN)

Media Baharu