fb fb fb fb fb

Konsert Rentak Selangor & Manifestasi Keroncong 2022, hidupkan muzik keroncong

KUALA LUMPUR, 30 Januari - Kerajaan negeri Selangor mengambil inisiatif menganjurkan 'Konsert Rentak Selangor & Manifestasi Keroncong 2022', dalam usaha menghidupkan kembali muzik keroncong dalam kalangan masyarakat.

Menariknya, keseluruhan konsert tersebut dipersembahkan sendiri oleh penduduk di sembilan daerah sekitar Selangor sekali gus dapat menyerlahkan bakat masing-masing.

Menurut Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Tuan Borhan Aman Shah, Manifestasi Keroncong yang julung kalinya diadakan tahun ini mampu mempopularkan semula muzik keroncong yang semakin dilupai.

Ia juga dilihat sebagai salah satu platform dalam mempromosikan selangor serta menarik minat masyarakat terhadap seni warisan negeri tersebut.

Beliau turut berharap agar acara seperti ini dapat diteruskan bagi menarik minat khususnya generasi muda dalam mendalami seni dan warisan.

"Kita rangkumkan budaya semua kaum itu, dalam satu persembahan dan kita lihat persembahan-persembahan ini banyak di sertai oleh generasi muda supaya mereka dapat mencintainya, kalau kita lihat tadi (konsert) keroncong dijayakan oleh adik-adik, dikuasai oleh dewasa," kata Tuan Borhan di sini.

(Tuan Borhan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konsert Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong 2022 di Ibu Negara)

Pelbagai persembahan menarik disajikan antaranya persembahan Ukulele , Keroncong, Cempuling, Tarian Merak, Tarian Singa, Tarian Bahbola serta Gamelan.

Media Baharu