fb fb fb fb fb

Konflik Lubnan: Keadaan terkini pasukan MALBATT 850-11 dilapor setiap hari

FOTO RTM

BUKIT KATIL, 13 Oktober- Keadaan terkini pegawai dan anggota Pasukan Battalion Malaysia (MALBATT 850-11) di Lubnan, dilaporkan setiap hari.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari tindakan sedemikan dilakukan demi memastikan keselamatan lebih 900 pegawai dan anggota Malbatt yang bertugas di negara berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan membawa pulang pasukan akan ditentukan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan.

"Kita lihat buat masa ini, kita masih kekal di sana. Arahannya masih kekal di posisi masing-masing.

"Cuma ada sedikit penambahan pembaharuan dari segi tugasanlah. Mungkin ada sebahagiannya masih bertugas di tempat-tempat tertentu.

"Tetapi anggota keselamatan, operasinya kita telah hentikan mengikut perbincangan dengan UNIFIL dan paling penting seperti kita sebutkan selalu, keselamatan anggota kita," jelasnya ketika ditemui pada program Santuni Madani di Bukit Katil, Melaka.

Tambah Adly, semua operasi rondaan dan pergerakan telah mula dihentikan sejak situasi memuncak antara Israel dan Hizbullah di selatan Lubnan.

Trainee2