
KUALA LUMPUR , 1 MAC 2026– Konflik antara Israel dan Iran perlu ditangani secara berhemah berlandaskan undang-undang antarabangsa bagi mengelakkan peperangan lebih besar serta berpanjangan.
- Konflik perlu ditangani secara berhemah dan berlandaskan undang-undang antarabangsa untuk elakkan peperangan lebih besar.
- Tindakan pencerobohan oleh AS dan Israel dianggap penindasan yang berisiko mencetuskan konflik berskala besar.
- Campur tangan tegas Majlis Keselamatan PBB diperlukan untuk menamatkan pencerobohan dan melindungi penduduk awam.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, tindakan pencerobohan oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran disifatkan sebagai satu bentuk penindasan terbuka yang berisiko mencetuskan konflik berskala besar dengan kesan mendalam di peringkat domestik, serantau dan global.
” Bagi konteks keselamatan dan soal hubungan antarabangsa politik antarabangsa ia sudah pasti akan membawa kepada sejauh mana jangka masa yang membawa kepada peperangan ini , kesan kepada dalam negara tersebut dan di peringkat serantau serta impaknya di peringkat global.
” Ia bukan sahaja membabitkan masyarakat Iran , ia bukan sahaja membabitkan soal keselamatan Iran, ia juga membawa soal ia mahu ditangani secara berhemah, katanya ketika dihubungi Berita RTM.
Beliau turut menegaskan, campur tangan tegas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) amat diperlukan bagi menamatkan pencerobohan serta menegakkan keamanan antarabangsa, sekali gus melindungi penduduk awam yang terjejas akibat konflik tersebut.