fb fb fb fb fb

Konflik di Iran, Malaysia belum putuskan bawa pulang rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucap utama di Simposium Sasana 2025 / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Jun- Malaysia masih tidak membuat sebarang keputusan untuk membawa pulang rakyat dari Iran susulan serangan dilakukan Israel terhadap negara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dalam jawapan ringkas kepada wartawan ketika ditanya sama ada Malaysia telah memulakan proses pemindahan warganegara dari Iran.

"Belum,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui di Simposium Sasana, dekat sini, hari ini.

Setakat ini, kerajaan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai jumlah rakyat Malaysia yang berada di Iran atau rancangan pemindahan mereka.

Ketegangan di Iran meningkat susulan beberapa siri insiden.

Ini termasuk serangan udara dan konflik rentas sempadan yang mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID