fb fb fb fb fb

Komuniti MADANI, ejen penyatuan masyarakat

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil / FOTO RTM

KUCHING, 10 November- Komuniti MADANI perlu berperanan sebagai ejen penyatuan masyarakat dan bukan sekadar sebagai penyampai maklumat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kewujudan Komuniti MADANI berfungsi bagi meningkatkan semangat kenegaraan dan memberi pendedahan mengenai kepelbagaian masyarakat.

"Salah satu perkara yang ingin kita pertingkatkan melalui kewujudan Komuniti MADANI ini ialah program kenegaraan yang mana saling menghormati kepelbagaian kaum bangsa dan agama di samping mengeratkan lagi hubungan," katanya.

Katanya, terdapat 246 Komuniti MADANI di seluruh Sarawak dan tahun ini, setiap komuniti MADANI disediakan peruntukan sebanyak 10-ribu ringgit.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita pada Program Pemukiman Komuniti MADANI di Kuching.

Jelas beliau lagi, Kementerian Komunikasi akan berbincang dengan Kementerian Perpaduan untuk melaksanakan usaha silang kementerian bagi mengukuhkan semangat perpaduan masyarakat selain memastikan dasar-dasar kerajaan dapat disampai dengan berkesan dan difahami rakyat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE