fb fb fb fb fb

Komuniti belia jadi ejen kenal pasti golongan miskin tegar Terengganu

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Abd Kahar Abd Latif /Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 18 Mei -Komuniti belia akan digerakkan ke kampung-kampung seluruh Terengganu bagi mengenalpasti golongan miskin tegar untuk menerima bantuan sewajarnya.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri Abd Kahar Abd Latif berkata, pihaknya turut menawarkan peluang pekerjaan sebagai salah satu usaha bagi mengeluarkan keluarga terlibat daripada kepompong kemiskinan tegar.

Jelas Abd Kahar, sehingga 2 Mei lalu, terdapat kira-kira 1,663 keluarga miskin tegar di Terengganu.

"Kita akan gunakan juga komuniti belia untuk kita kenal pasti golongan miskin tegar yang masih ada di kampung-kampung untuk kita memberi bantuan yang sewajarnya.

"Insya-Allah kita akan  mencari jalan untuk memastikan mereka ada perubahan dari segi pendapatan dan sebagainya. Kita akan mencari peluang pelerjaan ataupun mana-mana yang tersisih daripada menerima bantuan kerajaan akan kita salurkan untuk pastikan mereka dapat keluar daripada kumpulan miskin tegar yang ada di negeri Terengganu", katanya selepas merasmikan Hari belia peringkat negeri di sini.

Sempena majlis berkenaan,turut diadakan penyampaian Anugerah Perdana kategori individu lelaki yang dimenangi Mohd Khairul Ridzuan Muhammad.

Manakala johan individu wanita dimenangi Che Wan Artika Putri Che Wan Rashid.

Kelab pertubuhan Kampung Gunung Hulu Terengganu pula dinobatkan sebagai johan Pertubuhan Belia Terbaik 2024 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta piala dan sijil penghargaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD