fb fb fb fb fb

Komunikasi berkesan seiring era digital

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 13 September- Komunikasi berkesan amat penting dalam menghadapi cabaran era digital yang semakin kompleks.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata aspek itu perlu bagi mengubah cara rakyat berinteraksi dan memahami maklumat dalam era komunikasi pelbagai hala.

"Kerajaan adalah telus, nak tak nak semua benda boleh dilihat bila-bila masa. Malah benda yang mungkin dirasakan cuba diselubungi ataupun dihilangkan dengan begitu mudah boleh masuk ke pelbagai tempat, pelbagai ceruk, pelbagai lokasi, lorong dan sebagainya.

"Kalau bukan dalam TikTok, kita nampak boleh masuk dalam X, tak masuk dalam X, boleh masuk dalam Telegram, tak masuk Telegram, masuk dalam Whatsapp. Maka nak tak nak, kita berkomunikasi dalam zaman omni directional comunication", katanya.

Beliau berkata demikian dalam program INTAN Minister's Conversation 2024, Komunikasi Mapan: Simbiosis Kerajaan MADANI dan Rakyat anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini hari ini.

ROSLINA BINTI DIN