fb fb fb fb fb

Kompleks Sukan Bukit Merbau mula dibina selewat-lewatnya Januari tahun depan

MACHANG, 31 Julai- Kompleks Sukan Bukit Merbau yang bernilai RM270 juta di Pasir Puteh Kelantan akan mula dibina selewatnya Januari tahun depan.

Ia bakal menjadi lokasi utama pertandingan bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-22 pada 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata, ini kali pertama Kelantan menjadi tuan rumah dan pihaknya menyambut baik hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membina prasarana sukan di negeri itu.

Kompleks sukan di kawasan seluas 66.4 hektar merangkumi stadium tertutup, padang hoki, tenis, dan padang sintetik itu sebagai persediaan Kelantan sebagai tuan rumah Sukma 2026.

Setakat ini, kerajaan negeri sudah menyelesaikan pengambilan tanah jalan masuk ke kompleks sukan itu sejauh dua kilometer.

"Perancangan kita plan pembangunan infra dan plan pembangunan atlet kita bergerak seiring dan sudah dimuktamadkan pada 14 julai lalu bersama menteri.

"Pembinaan kompleks itu dijangka tahun ini atau awal tahun 2023 insya-Allah akan dimulakan pembinaan,' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup “Kelantan Forestry International Downhill Challenge 2022 di Hutan Simpan Chabang Tongkat, Tokbok, Machang.

Aktiviti sukan lasak ini merupakan pengajuran kali kelima setelah pertama kali dianjurkan pada tahun 2016.


(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat)

Media Baharu