fb fb fb fb fb

Kolaborasi industri lonjak kebolehpasaran graduan UPTM

Lebih 20 rakan strategik berkolaborasi melalui perjanjian kerjasama dalam majlis Academia-Industrial Collaboration 2.0 (AIC 2.0)/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 September - Lebih 20 rakan strategik berkolaborasi melalui perjanjian kerjasama dalam majlis Academia-Industrial Collaboration 2.0 (AIC 2.0) hari ini.

Menurut Naib Canselor Universiti Poly Tech Malaysia (UPTM) , Prof. Madya. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh, inisiatif berimpak tinggi melalui kolaborasi industri ini menjadi satu lonjakan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan UPTM ke tahap maksima dan persiapan dari segi pengetahuan dan peluang yang diberikan oleh para pemain industri.

"Sebagai sebuah universiti yang mementingkan 'profesional applied education' pendidikan profesional yang perlu di aplikasi, jadi kami mementingkan teori dan juga praktis di mana universiti adalah tanggungjawab kami untuk memastikan platform yang kukuh bagi industri menyediakan platform kukuh bagi industri dan pelajar untuk mendapat banyak peluang dan juga industri juga mendapat bakat-bakat yang terbaik daripada Universiti Poly Tech Malaysia," katanya.

Seiring dengn hasrat MARA, UPTM tekad menyediakan platform terbaik bagi berkongsi pengetahuan kepakaran dan meneroka pelbagai peluang di pasaran industri dalam negara dan peringkat global.

"Hari ini, dalam 27 rakan strategik daripada agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta serta ngo berkolaborasi dan ini satu inisiatif yang insya-Allah berimpak tinggi bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga untuk universiti memberi sumbangan begitu juga dengan ahli-ahli rakan strategik memberi sumbangan kepada universiti bersama-sama untuk memastikan dari segi 'data collection', penyelidikan dan perkara-perkara yang boleh universiti sumbangkan kepada pihak industri," katanya kepada media selepas majlis perasmian Academia-Industrial Collaboration 2.0 (AIC 2.0) di UPTM.

Matlamat utama AIC 2.0 adalah untuk memberi pendedahan awal dan persediaan kepada bakal graduan bagi menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

Pendedahan ini amat penting agar UPTM dapat menghasilkan graduan gred berkualiti tinggi yang mempunyai kemahiran, berdaya saing dan tinggi kompetensi seterusnya menjadi pilihan utama majikan.

Trainee