KUALA LUMPUR, 23 Julai - Menambah baik ekosistem pendanaan antara inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggalakkan kolaborasi antara sektor awam, swasta dan akademia dalam bidang Sains Teknologi dan Inovasi (STI).
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata penambahbaikan meliputi penubuhan Malaysia Science Endowment (MSE) melancarkan Program Dana Pemacu Teknologi Strategik dan penyediaan geran padanan.
"Selain itu, MOSTI juga secara aktif menerapkan inisiatif perkongsian data strategik Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui beberapa platform yang telah dibangunkan antaranya melalui platform Knowledge Resources Science and Technology Excellent, Malaysia (KRSTE.my) dan Malaysia Open Science Platform (MOSP)," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Susan Chemerai Anding pada persidangan Dewan Negara, di sini.