fb fb fb fb fb

Kod etika AI diumum akhir tahun - Gobind

Foto FB Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Kerajaan bakal mengumumkan kod etika Kecerdasan Buatan (AI) akhir tahun ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata ia akan menggalakan penggunaan AI yang lebih selamat dalam masyarakat.

"Apa yang penting ialah kesedaran yang perlu kita maklumkan kepada orang ramai bahawa teknologi berkembang, kita perlu beralih kepada penyelesaian yang dikuasakan oleh AI. Apabila bergerak ke hadapan bukan sahaja kesedaran tetapi kita juga mesti memastikan bahawa orang ramai dapat memahami apa itu teknologi dan bagaimana mereka boleh menggunakan teknologi supaya mereka boleh meningkatkan daripada segi produktiviti dan skala perniagaan mereka.

"Kod etika kursus struktur tadbir urus yang kami akan cadangkan ini agak luas tetapi kami sedang mengusahakannya dan diumum akhir tahun ini," katanya selepas melancarkan Makmal Inovasi Web3 (W3IL) di Universiti Asia Pacific, di sini.

Beliau juga berkata terdapat struktur yang perlu disediakan apabila bergerak ke hadapan daripada segi kemajuan teknologi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM