fb fb fb fb fb

KLN gerakkan Skuad Ihsan MADANI

FOTO WISMA PUTRA

KUALA LUMPUR, 22 Disember- Kementerian Luar Negeri (KLN) hari ini telah menggerakkan Skuad Ihsan MADANI bagi melaksanakan misi pengurusan pasca banjir di kawasan-kawasan terjejas.

Majlis Pelancaran Skuad Ihsan MADANI disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Seramai 60 orang warga kementerian telah menyahut seruan dalam memperkasa peranan pasukan sukarelawan penjawat awam menerusi pengurusan pasca bencana banjir.

Inisiatif tersebut turut mendapat kerjasama Kementerian bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat dan Majlis Daerah Pasir Mas.

Misi itu bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan serta mengecat semula bangunan awam dan infrastruktur yang terjejas akibat banjir tetapi turut mencerminkan solidariti dalam kalangan masyarakat dan penjawat awam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE