PUTRAJAYA, 21 Oktober- Malaysia dan China akan menandatangani beberapa perjanjian persefahaman bagi mengeratkan hubungan dua hala.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, ini termasuk dalam bidang penghasilan kandungan dan keselamatan siber.

"Saya lihat ada beberapa aspek boleh kita wujudkan kesefahaman termasuk dalam bidang penciptaan kandungan, keselamatan siber dan beberapa bidang lain, khusus di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), saya dijemput ke Beijing untuk lawatan kerja dan jumpa beberapa pihak.
"Kalau di China ada kementerian, jabatan berbeza. Jadi kita akan mengadakan siri pertemuan dengan beberapa pihak", katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Minggu Media Asean-China ke-5 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Turut hadir, Naib Menteri Pentadbiran Radio dan Televisyen Kebangsaan Republik Rakyat China (NRTA),Yang Xiaowei, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.