KANGAR, 19 Disember - Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Jabatan Penyiaran Malaysia menyampaikan sumbangan kepada 10 kakitangan RTM Perlis dan Kedah yang terjejas banjir baru-baru ini.
Pengerusi KKS Jabatan Penyiaran Malaysia Ismail Seman berkata, sumbangan itu juga sebagai tanda keperihatinan dan sokongan moral kepada kakitangan RTM yang terjejas banjir.
"Pihak kami tampil membantu pegawai-pegawai RTM yang terjejas banjir di Perlis dan Kedah, seperti mana yang telah kami lakukan sebelum ini di negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu.
"Selain itu, bantuan turut diberikan kepada beberapa staf di Kuala Lumpur, termasuk seorang di Perak dan seorang lagi di Shah Alam, menjadikan seramai empat orang di Kuala Lumpur menerima bantuan pada kali ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada RTM selepas penyampaian sumbangan Program Semarak Kasih 2.0 di sini.
10 kakitangan yang menerima sumbangan itu masing masing lapan merupakan kakitangan RTM Perlis dan dua dari Kedah.