fb fb fb fb fb

KKR sedia bantu PBT insiden tanah runtuh di Puchong

Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Kementerian Kerja Raya (KKR) sedia menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan insiden tanah runtuh di Jalan Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor, malam tadi yang melibatkan pemindahan 29 penghuni dari sembilan buah rumah.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mendapatkan maklumat awal berkaitan kejadian dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Bagaimanapun, beliau menyatakan kawasan kejadian itu berada dalam pentadbiran PBT Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan tindakan sewajarnya telah dilakukan oleh pihak tersebut.

"Saya telah mendapatkan maklumat awal dari Jabatan Kerja Raya Selangor dan dimaklumkan insiden ini di dalam pengetahuan JKR Selangor.

"Setakat ini, JKR belum menerima apa-apa permohonan dari PBT namun pihak kami bersedia untuk membantu dalam kapasiti yang bersesuaian," kongsi Alexander menerusi Facebooknya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Tanah runtuh: Penghuni 9 rumah di Puchong diarah berpindah

SITI AISHAH BINTI MD ISA