fb fb fb fb fb

KKM sedia hadapi ancaman penyakit X

KUALA LUMPUR, 25 September-Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa membuat pemantauan dan pengawasan terhadap ancaman pandemik besar yang disebut penyakit X.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata KKM sentiasa peka terhadap amaran terhadap ancaman penyakit baharu yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jelasnya, isu penyakit X juga tidak dibincang pada mesyuarat antara menteri kesihatan dari 194 negara yang hadir pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 di New York.

"Ia dinamakan X kerana kita tidak tahu penyakit apa tetapi kita di KKM sentiasa bersedia atas apa saja kemungkinan.

"Kita ada pemantauan dan pengawasan jika ada apa-apa kemungkinan penyakit baharu yang mungkin boleh menyebabkan pandemik pada masa depan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Wad Tambahan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Terdahulu, pakar kesihatan global percaya ancaman pandemik besar seterusnya semakin hampir dan boleh meragut sehingga jutaan nyawa berbanding COVID-19.


(Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata KKM sentiasa peka terhadap amaran
terhadap ancaman penyakit baharu yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO).)

Media Baharu