fb fb fb fb fb

KKM aktifkan semula RRTF




PUTRAJAYA, 7 Februari- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengaktifkan semula National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF) bagi memastikan tahap kesiapsiagaan tinggi dalam menghadapi gelombang Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku peningkatan namun masih lagi boleh dikawal jika dibandingkan dengan virus Delta yang lalu.

Jelasnya, jawatankuasa khas RRTF akan melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawal penularan di sesebuah negeri atau kawasan.

"Antara tindakan awalan pantas berkenaan adalah menambah dan mengubah suai katil bukan COVID-19, membina hospital medan dan penyumberluaran pesakit ke hospital swasta," kata Khairy.

RRTF akan dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), yang akan membuat pelaporan terus kepada Menteri Kesihatan.

Media Baharu