fb fb fb fb fb

KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK, 19 Ogos- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merangkumi 150 unit rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera secara berkembar berkeluasan 61.31 meter persegi dan dijangka siap sepenuhnya Ogos 2025.

"Kita sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang memberikan peruntukan kepada KKDW bagi membina projek perumahan ini.

"...dan saya harap kita terima ini sebagai satu anugerah Allah melalui Kementerian Kewangan dan KKDW dan kita gunakan peluang ini untuk memajukan kawasan kita insya-Allah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media dalam Majlis Pecah Tanah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Simpang Tiga, Bagan Datuk di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pihaknya akan memastikan semua pemohon yang layak akan dapat memohon kuota terhadap rumah tersebut.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata jika terdapat Pegawai Daerah yang mempunyai tanah sesuai untuk membina projek tersebut mereka dialukan untuk mencadangkannya kepada KKDW.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI