fb fb fb fb fb

KKDW pantau ketercukupan infrastruktur asas, kemudahan sosial

Datuk Rubiah Wang

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sentiasa memantau ketercukupan infrastruktur asas dan kemudahan sosial melalui sistem pemantauan projek dalaman dan sistem MyProject.

Timbalan Menteri Kemajuan Dewa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, kerjasama erat dilakukan dengan pihak berkuasa tempatan dan jawatankuasa pembangunan bagi memenuhi keperluan penduduk di luar bandar.

"Data-data yang diterbitkan perangkaan Malaysia seperti laporan tinjauan keperluan asas My Local Statistic Malaysia dan sistem ciri-ciri khas Malaysia turut dijadikan panduan pengukuran.

"KKDW harap dengan kaedah ini infrastrktur dan kemudahan sosial di luar bandar dapat setanding dengan kawasan bandar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Datuk Koh Nai Kwong berkenaan trend migrasi penduduk dari desa ke bandar dan sebaliknya sejak tahun 2020 hingga 2024 serta penilaian ketercukupan infrastruktur asas dan kemudahan sosial di luar bandar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI