fb fb fb fb fb

KKD disaran sekat akaun dagang dari China

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) disaran melaksanakan sekatan penuh akaun e-dagang Tiktok yang dikendali individu dan syarikat dari China.

Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj berkata, ia bagi melindungi kelangsungan golongan peniaga tempatan yang berdepan persaingan ekonomi yang tidak sihat.

"Persoalan besar yang ingin saya bangkitkan adalah,adakah pihak kedai menerusi aplikasi TikTok membayar cukai nilai tambah (VAT) kerana ramai dalam kalangan pempengaruh mengaut keuntungan besar daripada jualan menerusi platform tersebut," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di sini.

Selain itu, kandungan yang dimuat naik menerusi aplikasi tersebut juga dijadikan sebagai bahan promosi tanpa disedari telah memonopoli perdagangan dalam negera hingga menjejaskan perusahaan tempatan.

Sementara itu dalam sesi sama, ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mahu hala tuju dan matlamat program Shop Malaysia Online diperincikan.

Perkara itu bagi memastikan kesinambungan beberapa program memperkasa usahawan dalam talian telah dilaksanakan atau sebaliknya.

"Untuk makluman dewan, dahulu kita ada satu program Get Malaysia, Get Malaysia Business Online, Wanita Online namun setelah beberapa tahun pelaksanaannya program tersebut sudah tiada (hilang).

"Jadi saya ingin pastikan bahawa kesinambungan setiap program itu perlu ada sebab ia penting dengan matlamat bagi menggalakkan usahawan dalam talian ini," katanya.

(Yuneswaran Ramaraj)

Media Baharu