fb fb fb fb fb

"Kita jumpa last dah ni", potret terakhir tiga beradik terjawab

Gambar kenangan bersama adik Mat, (baju jingga)/Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun/ Foto waris/RTM

SIK 23 April – Kakak sulung mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun, Noryani Tamadun, 50 tahun tidak menyangka adik bongsunya yang lebih mesra dipanggil “adik Mat “akan pergi selamanya hari ini dalam tragedi pagi tadi di Lumat, Perak.

Beliau yang ditemui di kediaman Kampung Tanjung, Sik Kedah berkata adiknya berumur 36 tahun ada meminta makan nasi dengan telur goreng dan ikan masin kerana bimbang tidak sempat makan selepas ini.

Kata Noryani kepada wartawan RTM, mereka sekeluarga berkumpul pada hari raya Aidilfitri pertama sebelum dia pulang ke Sabah pada pagi hari raya ke-2.

Menurut Noryani, ketika itu terdetik dihati kenapa arwah berkata sedemikian, selain pada pagi raya arwah mengajak bergambar bersama mereka tiga beradik; sedangkan seorang lagi anak perempuan yang bekerja sebagai anggota polis di Pahang belum tiba lagi.

230424 FOTO AKHIR2
Kakak sulung Noryani Tamadun/Foto keluarga/RTM 

"Arwah kata kita ambil gambar bertiga dulu, nanti takut seorang hilang, nanti kakak balik (polis) akan ganti, dia kata mungkin ini gambar terakhir kita, saya pun rasa pelik kenapa dia cakap seorang akan hilang, masa nak balik pun dia cakap kita jumpa 'last' dah ni, hari ini semuanya terjawab, katanya ketika ditemui.

Arwah juga ada menyatakan hasrat untuk pencen dua tahun lagi.

Selain itu, Noryani berkata arwah juga bersemangat untuk mengadakan latihan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kerana dapat berjumpa isterinya Nor Syuhada, 39 tahun, yang merupakan guru di Sri Iskandar.

Noryani berkata jenazah adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan berusia 10 dan enam tahun. ##

MAT YUNUS BIN SABRI