fb fb fb fb fb

Kit ujian Mpox pertama pasaran Malaysia dilulus

Pengarah Bahagian Kawalan Pra Pasaran MDA Aidahwati M. Olaybal

KUALA LUMPUR, 1 September - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah meluluskan satu kit ujian Mpox atau cacar monyet yang pertama untuk pasaran Malaysia bagi membantu pengesanan virus itu secara berkesan.

Kit yang dikenali sebagai 'Viasure Monkeypox Virus Real Time PCR Detection' itu hanya boleh dikendalikan golongan profesional seperti pengamal perubatan berlesen dalam mendapatkan keputusan yang tepat. 

Pengarah Bahagian Kawalan Pra Pasaran MDA Aidahwati M. Olaybal menasihati orang ramai agar segera membuat ujian saringan di klinik kesihatan sekiranya bergejala.

"Sampel diambil daripada ruam dan lepuhan tadi itu dihantar ke makmal dan dianalisa menggunakan kaedah PCR.

"Kit ujian Viasure Monkeypox Virus Real Time PCR Detection ini khas untuk Mpox ini, ia boleh bezakan untuk kesan dengan lebih tepat dan sensitif," kata Aidahwati.

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Aidahwati menjelaskan kit ujian tersebut tidak boleh didapati di farmasi atau mana-mana platform e-dagang.

Sebarang penjualan dan pembelian melalui kaedah tersebut adalah tidak dibenarkan dan menjadi satu kesalahan bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

TETITIA YUSOFF