fb fb fb fb fb

Kilang proses minyak sawit di Pasir Gudang terbakar

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 27 April- Sebuah kilang memproses minyak sawit milik Sime Darby Plantation Bhd di kawasan perindustrian Pasir Gudang di sini musnah 40 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba, Sarhan Akmal Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.19 pagi.

"Dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 18 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran di tingkat dua bangunan jenis struktur kekal berkeluasan 100x100 kaki telah mengakibatkan kemusnahan 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman mengambil masa lebih empat jam dan tamat sepenuhnya pada 12.29 tengah hari.

Sarhan berkata kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI