fb fb fb fb fb

16 kedai perabot musnah dalam kebakaran

Sebanyak 16 unit kedai perabot yang terletak di bangunan dua tingkat di Petaling Jaya, Selangor, musnah dalam kebakaran.

PETALING JAYA, 5 Oktober- Sebanyak 16 unit kedai perabot yang terletak di bangunan dua tingkat di Petaling Jaya, Selangor, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Zon 2 Petaling, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Syariman Wan Saleh, berkata kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang mangsa atau kemalangan jiwa.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 10.46 malam, dan kami tiba di lokasi pada jam 10.56 malam. Api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 11.30 malam.

"Keseluruhan operasi malam tadi melibatkan 56 anggota bomba, termasuk pegawai kanan, 12 anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia), dan TNB (Tenaga Nasional Berhad), manakala PBS (Pasukan Bomba Sukarela) juga membantu dalam operasi itu," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM