fb fb fb fb fb

KIGIP beri manfaat melalui ekosistem dan rantaian bekalan- PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah KIGIP di Ladang Tali Ayer, Parit Buntar /Foto BERNAMA

PARIT BUNTAR, 30 Ogos-Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) disasar merubah wajah daerah itu menjadi Hab Teknologi Hijau di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KIGIP akan memberikan manfaat kepada rakyat dengan membentuk ekosistem rantaian penawaran yang membantu memastikan rakyat di daerah itu tidak terpinggir dari arus pembangunan.

Kedua-duanya akan diselaras oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama PNB.

"Mulai hari ini SD Guthrie harus memikirkan pelabur jenis pelaburan jenis pekerjaan latihan pengkhususan dan bagi keutamaan kepada anak utara Perak ini ataupun Padang Serai, Nibong Tebal untuk mendapat latihan dan kalau ada TVET atau teknologi yang berdekatan saya akan minta supaya SD Guthrie ambil alih ini dan memberi latihan yang diperlukan KIGIP", katanya demikian selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah KIGIP di Ladang Tali Ayer, di sini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Perladangan dan Komodi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Pada 16 Jun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan Pelan Induk KIGIP untuk menyemai bakat dan inovasi.

Menurut Anwar, perancangan bagi pembangunan Projek KIGIP sedang dilaksanakan secara pendekatan Keseluruhan Kerajaan menerusi kerjasama dan sinergi antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Perak serta SD Guthrie Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD