CYBERJAYA, 21 Julai- Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) mengajak seluruh rakyat Malaysia memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan kibaran Jalur Gemilang.
Ketua Pengarahnya, Julina Johan berkata, amalan itu turut disemarakkan menerusi inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) yang diperkenal kerajaan pada Mei lepas.
"Kita mahu rakyat Malaysia berbangga dengan Jalur Gemilang. Tetapi hendaklah ia dikibarkan dengan sempurna... tidak koyak, tidak lusuh dan diletakkan dalam keadaan betul.
"Letaklah Jalur Gemilang itu di satu tempat yang begitu tinggi sebagai menghargai dan menghormatinya," katanya pada program Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran secara langsung sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyber Event Hall dekat sini hari ini.
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 3.00 petang ini.
BERITA BERKAITAN