fb fb fb fb fb

Khutbah Jumaat tema 'Solidariti Bersama Umat Islam Palestin'

PUTRAJAYA, 11 Oktober - Serangan Israel ke atas Gaza, Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan awam adalah biadab serta amat tidak bertanggungjawab.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel dan menggesa agar serangan tersebut dihentikan.

"Sebagai tanda solidariti kepada umat Islam di Gaza, masjid-masjid utama bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarah untuk membacakan Teks Khutbah Jumaat bertemakan 'Solidariti Bersama Umat Islam Palestin'," kata Mohd Na'im menerusi satu kenyataan.

Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah juga akan dilaksanakan selepas Solat Jumaat di masjid-masjid utama Jakim termasuk seluruh masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan. 

Mohd Na'im menambah, pihak Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri adalah disyorkan untuk turut membacakan Teks Khutbah Jumaat bertemakan isu Palestin.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan JAKIM untuk melancarkan kutipan khas untuk membantu umat Islam di Palestin.

(FOTO FAIL)

Media Baharu