fb fb fb fb fb

Harumanis: FAMA Perlis catat jualan langsung bernilai RM1.6 juta

Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan perasmian Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan

KANGAR, 4 Mei- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis mencatatkan nilai jualan sebanyak RM1.6 juta menerusi pemasaran buah Harumanis Perlis secara langsung bermula awal April lalu.

Ia melibatkan 19 pengusaha dengan 81,240 kilogram jualan buah.

Manakala, pemasaran secara dalam talian melalui portal Agrobazaar Online dengan kuantiti 3,040 kilogram bernilai RM80,000.

telah menjalankan khidmat pemasaran buah Harumanis Perlis secara langsung bermula awal April hingga kini sebanyak 81,240 kilogram yang melibatkan 19 orang pengusaha dengan nilai RM1.6 juta.

Manakala, pemasaran secara dalam talian melalui portal Agrobazaar Online dengan kuantiti 3,040 kilogram bernilai RM80,000.

Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan memaklumkan, usaha itu merupakan antara langkah untuk mempromosikan dan memasarkan buah istimewa tersebut ke seluruh Malaysia dan Singapura.
 
Beliau menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri Bersama Tuanku Raja Muda Perlis anjuran FAMA Negeri Perlis di Pejabat FAMA Negeri Perlis, Behor Temak, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan untuk menyempurnakan perasmian Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadikan buah tempatan sebagai menu dalam setiap hidangan makanan.

ROSLINA BINTI DIN