fb fb fb fb fb

Khidmat masyarakat GiatMARA menjelang Syawal

20 penghuni Rumah Sejahtera Baitul Hanan terima khidmat gunting rambut percuma

SIMPANG EMPAT, 7 April- Tenaga pengajar, pelatih dan lepasan GiatMARA berjaya membentuk jalinan kasih muhibah melalui Program Khidmat Masyarakat di Rumah Sejahtera Baitul Hanan dan Tahfiz Baitulrahim Kuala Perlis.

Program itu dilaksanakan bagi menyantuni warga emas dan pelajar Tahfiz menjelangnya perayaan Aidilfitri beberapa hari lagi.

Menurut Pengarah GiatMARA Negeri Harun Radzi, program khidmat komuniti kali ini melibatkan penyediaan pakaian raya melibatkan 15 pelatih yang mengikuti bidang jahitan kepada 20 penghuni-penghuni Rumah Sejahtera Baitul Hanan serta baju kurta kepada 20 pelajar Tahfiz Baitulrahim

Selain itu, usahawan lepasan GiatMARA turut sama menabur bakti memberikan perkhidmatan memotong rambut percuma 20 penghuni rumah sejahtera berkenaan.

Kesemua usahawan lepasan GiatMARA berkenaan mewakili lima syarikat diusahakan iaitu Mirzad Enterprise, Nur Mell Shoppe, Abduh Cemerlang Enterprise, Fourone Eskay Resources, Caca Beauty Salon and Spa dan Nur Tasnim Enterprise Beliau memaklumkannya pada Program Khidmat Bakti GiatMARA Perlis di Rumah Sejahtera Baitul Hanan dan Tahfiz Baitulrahim Kuala Perlis.

TETITIA YUSOFF