fb fb fb fb fb

Ketua jabatan, pengarah syarikat direman kerana kemuka tuntutan palsu

Majistret Khairunnisak Hassni mengeluarkan reman Ketua Jabatan Persekutuan dan seorang Pengarah Syarikat di Melaka

AYER KEROH, 6 Februari- Mahkamah Majistret Ayer Keroh membenarkan perintah reman terhadap seorang Ketua Jabatan Persekutuan dan seorang Pengarah Syarikat di Melaka yang disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan bagi sebuah program jabatan pada tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni.

Kedua-dua suspek berusia 42 tahun dan 41 tahun itu ditahan pada 5 Februari sekitar pukul 2.45 petang di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan.

Suspek dipercayai terlibat mengemukakan invois yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan pembekalan berjumlah RM49,900 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dilaksanakan.

Kes disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan suspek terbabit semalam, tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa penjawat awam di jabatan berkenaan untuk memberi keterangan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI