
SIBU, 19 Februari – Lebih 8,000 ketibaan pelancong direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh dua jam pada hari pertama Tahun Baharu Cina.
- Lebih 8,000 ketibaan pelancong dicatatkan di KLIA dalam tempoh dua jam pada hari pertama Tahun Baharu Cina.
- Terminal 1 merekodkan 6,500 ketibaan manakala Terminal 2 mencatatkan 1,500 ketibaan.
- Menteri Tiong King Sing masih menunggu laporan rasmi untuk angka penuh ketibaan pelancong dua hari pertama.
- Kadar penginapan hotel empat dan lima bintang di Kuala Lumpur mencapai 100 peratus sepanjang tempoh perayaan.
Sebanyak 6,500 ketibaan direkodkan di Terminal 1 manakala 1,500 lagi di Terminal 2.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, angka rasmi jumlah pelancong bagi dua hari pertama Tahun Baharu Cina masih belum diperoleh kerana pihaknya masih menunggu laporan lengkap.
“Belum lagi dapat saya tahu. Hari pertama saya pergi, di Terminal 1 kita ada 6,500 orang sampai dalam dua jam dan di Terminal 2 sebanyak 1,500 orang. Jadi saya bundarkan angka itu, tetapi angka sebenar saya belum dapat lagi kerana masih menunggu data rasmi,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 bersama komuniti Sibu di Pusat Komersial Pulau Li Hua, Sibu.
Kadar penginapan hotel empat dan lima bintang di Kuala Lumpur turut merekodkan penghunian 100 peratus sepanjang tempoh perayaan.
Jumlah pengunjung yang tinggi itu sejajar dengan kadar penghunian hotel yang meningkat di seluruh negara, terutama di destinasi utama seperti Kuala Lumpur.