fb fb fb fb fb

Ketepikan perbezaan ideologi politik, jadikan mahkamah syariah mesra keluarga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

Semua pihak harus mengetepikan perbezaan ideologi politik demi bersama memperkukuhkan kredibiliti perundangan syariah secara holistik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berharap peranan mahkamah syariah sebagai mahkamah keluarga akan terus berkembang dengan positif dari setiap aspek.

"Kita hendak jadikan mahkamah syariah ni mahkamah keluarga dengan hakim-hakim, petugas-petugas kaunter, kakitangan pendaftar mahkamah yang sentiasa meraikan dan ada empati kepada pihak-pihak yang berurusan dengan mahkamah, barulah ia akan menjadi keluarga mahkamah yang sebenar.

"Jadi ini hasrat saya saya hendak menjadikan mahkamah syariah ini mahkamah keluarga dari mula kaunter itu hingga ia dibawa ke hadapan hakim", katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Nafkah Keluarga : Antara Abai dan Andai di Seri Kembangan, Selangor.

Program tesebut menyasarkan golongan Petubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pelajar universiti, serta agensi kerajaan.

Seminar tersebut juga turut ditonton lebih 1,500 penonton melalui laman facebook Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) serta facebook IKRAM Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN