Ketegangan Israel-Iran memuncak, Malaysia tingkat pemantauan keselamatan

Foto Fail RTM

PUTRAJAYA, 2 MAC – Wisma Putra memantau rapi situasi keselamatan di Asia Barat susulan peningkatan ketegangan dan laporan serangan terbaharu melibatkan Iran dan Israel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wisma Putra memantau ketat situasi keselamatan di Asia Barat susulan peningkatan ketegangan melibatkan Iran dan Israel.
  • Rakyat Malaysia dinasihatkan bersedia perubahan jadual penerbangan, penutupan lapangan terbang dan kemungkinan sekatan perjalanan.
  • Dinasihatkan berwaspada, elakkan kawasan operasi ketenteraan; daftar atau kemas kini maklumat dengan perwakilan Malaysia.

Perkembangan itu menyebabkan penutupan ruang udara serta gangguan penerbangan di beberapa negara termasuk Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu.

Rakyat Malaysia di negara terlibat dinasihatkan bersedia menghadapi perubahan jadual penerbangan, penutupan lapangan terbang serta kemungkinan sekatan perjalanan, selain menyediakan pelan alternatif jika perlu.

Perjalanan tidak mustahak disaran untuk ditangguhkan.

Turut dinasihatkan sentiasa berwaspada, mengelak berada di kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam, serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Mereka juga diminta mendaftar atau mengemas kini maklumat perhubungan dengan perwakilan Malaysia terdekat atau melalui sistem e-Konsular bagi memudahkan bantuan konsular.