fb fb fb fb fb

KESUMA, Kementerian Ekonomi kaji pelaksanaan levi di pelbagai peringkat

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong

PUTRAJAYA, 21 Mac- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang mengkaji dan berbincang bersama Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan levi di pelbagai peringkat (multi-tier levy).

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, ia bagi mengurangkan pengambilan pekerja asing dan menggalakkan untuk mengambil pekerja tempatan.

"Untuk tahun ini, kita tengah mengkaji juga berbincang dengan Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan "multi-tier levy" dimana kita nak mengurangkan pengambilan pekerja asing menggalakkan syarikat-syarikat untuk mengambil pekerja tempatan. Keduanya, kerajaan telah memberikan pelbagai inisiatif contohnya menerusi Belanjawan 2024."

"Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM44 bilion untuk syarikat SME menaikkan nilai tambah mereka contohnya melalui automasi, digitalisasi dan sebagainya supaya kita kurangkan penggunaan tenaga kerja kurang mahir dalam itu baru kita boleh kurangkan pergantunggan kepada tenaga kerja asing," kata Steven dalam ucapannya semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia, di sini.

Menerusi majlis itu juga, seluruh warga KESUMA menerima skim keselamatan sosial suri rumah percuma tahun ini atas sumbangan ikhlas dari pengurusan tertinggi KESUMA.

Sementara itu, KESUMA mengulas lanjut tentang isu di parlimen pada Rabu tentang hak pekerja ke atas mana-mana pihak yang mempermainkan gaji pekerja.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, beliau berterima kasih kepada Jabatan Sumber Manusia kerana telah mengambil inisiatif untuk bertindak atas aduan yang diterima.

"Sebenarnya saya sudah jawab di parlimen, fungsi kita ialah untuk mempertahankan hak pekerja dan dalam aspek ini untuk kita melaksanakan tugas kita. Saya selalu ucap terima kasih kepada Jabatan Sumber Manusia sebab mereka sudah ambil inisiatif untuk bertindak atas aduan."

"Jadi, saya harap mereka akan faham bahawa apabila jabatan kerajaan membuat siasatan ini, jangan khuatir kalau tidak buat salah," tambah Steven.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM