fb fb fb fb fb

KESUMA bakal bentang RUU pekerja GIG

Steven Sim Chee Keong

KUCHING, 19 September- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bakal membentangkan Rang Undang-undang Pekerja GIG yang memperincikan perlindungan kepada sektor itu pada persidangan parlimen pada Oktober depan.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, mekanisme perlindungan lebih baik perlu diwujudkan berikutan golongan pekerja dalam sektor berkenaan tidak termaktub dalam takrifan Akta Kerja 1955.

"KESUMA ketika ini dalam proses merangka undang-undang itu, yang akan meliputi 4 perkara utama antaranya bayaran pampasan munasabah, mekanisme kilanan ataupun grievance mekanisme dan pelindungan keselamatan sosial yang lebih mantap," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis menandatangani Perjanjian Kolektif antara Persatuan Bank Perdagangan Sarawak (SCBA) dan Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) di sini.

Majlis berkenaan disaksikan Steven Sim Chee Keong yang akan memanfaatkan kira-kira 1,100 pekerja di Sarawak dalam kategori gred jualan dan perkhidmatan 1, 2, dan 3 dengan pelarasan gaji sebanyak sembilan peratus secara keseluruhan.

Perjanjian itu juga menambah bantuan perayaan tahunan sebanyak RM1,800 untuk menyediakan sokongan kewangan kepada pekerja dalam sektor perbankan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI