fb fb fb fb fb

"Kestabilan politik, tunjang pertumbuhan ekonomi negara" - Azalina

KUALA LUMPUR, 3 Ogos- Kestabilan politik negara perlu dikekalkan dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan pelabur.

Langkah itu sekali gus mendorong kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa tindakan menukar kerajaan hanya merugikan negara dan rakyat.

"Bila tukar-tukar kerajaan, dia akan mengeluarkan satu mesej kepada rakyat dan negara luar bahawa kerajaan kita tidak stabil. Kita sudah bersama-sama bersetuju dengan Akta Lompat Parti.

Maka, kepada wakil rakyat baik daripada pihak kerajaan dan pembangkang, janganlah berbuat demikian. Tidak kira di peringkat negeri mahupun Persekutuan menganggap bahawa mereka boleh menipu undi yang diberi oleh rakyat kepada mereka," kata Azalina kepada pemberita RTM hari ini.


(Foto Hiasan)

Tambah Azalina, aspek kebertanggungjawaban dan ketelusan perlu dititikberatkan apabila bergelar wakil rakyat selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa rakyat harus yakin terhadap kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi mencapai Ekonomi Madani.

Media Baharu