
KUALA LUMPUR, 7 April – Bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia hari ini, masyarakat diseru menghayati tema tahun ini, “Bersama Demi Kesihatan, Berdiri Teguh Berteraskan Sains” bagi mendepani cabaran kesihatan global.
- Kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat penting untuk membina sistem kesihatan yang mampan dan berdaya tahan.
- Kesihatan yang baik dan optimum bermula dari rumah, keluarga sebagai sistem sokongan utama untuk gaya hidup sihat fizikal dan mental.
- Luangkan masa bersenam bersama, pantau tahap kesihatan ahli keluarga dan amalkan pemakanan seimbang setiap hari.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat amat penting bagi membina sistem kesihatan yang lebih mampan serta berdaya tahan.
Menurut Datuk Seri Dr Dzulkefly, kesihatan yang baik dan optimum bermula dari rumah.
Ia dengan menjadikan institusi keluarga sebagai sistem sokongan utama dalam mengamalkan gaya hidup sihat, sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
“Apabila keluarga sihat, masyarakat dan negara kita akan turut sejahtera.
“Luangkan masa untuk bersenam bersama, ambil tahu tahap kesihatan ahli keluarga, dan amalkan pemakanan yang seimbang”, katanya menerusi hantaran di Facebook.
“Sihat bermula daripada tindakan kita hari ini!