Kesihatan PM memberangsangkan

Foto Facebook Hospital Sultan Idris Shah, Serdang

KUALA LUMPUR, 18 Januari – Kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap yang memberangsangkan, sekali gus membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kesihatan Perdana Menteri berada pada tahap memberangsangkan selepas pemeriksaan berkala di HSIS Serdang.
  • Keputusan pemeriksaan dimaklumkan oleh Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr Farique Rizal Abdul Hamid.
  • Beliau dapat meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan.
  • Pemeriksaan mencerminkan komitmen PM menjaga kecergasan dan kesejahteraan untuk memimpin negara.

Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid dalam kenyataan memaklumkan perkara itu setelah memperolah keputusan Perdana Menteri selepas pemeriksaan kesihatan berkala yang dijalani Perdana Menteri di hospital itu hari ini.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara, demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” menurut kenyataan itu.