fb fb fb fb fb

Kesiapsiagaan Bomba pada tahap 90 peratus

Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menghadapi kerja-kerja penyelamatan berada pada tahap 90 peratus.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, peruntukan lebih RM200 juta untuk JBPM membolehkan pengoperasian jabatan itu berada pada tahap terbaik.

"Sukacita dimaklumkan, peruntukan kita semakin meningkat. Jentera-jentera kesiapsagaan kita sudah sampai ke tahap 90 peratus.

"Pada tahun 2025 JBPM bakal menerima sumbangan dari China iaitu 30 buah kereta bomba besar bernilai RM60 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Taklimat Kesiapsiagaan Monsul Timur Laut JBPM di ibu negara.

Nga berkata, menerusi Belanjawan 2025 JBPM akan memperoleh 231 kenderaan baharu dengan peruntukan berjumlah RM40 juta.

Dengan adanya perolehan-perolehan baharu itu, kerugian negara akibat kerosakan harta benda dapat dikurangkan.

Mengenai pengoperasian sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) JPBM telah mengerahkan 13,556 pegawai dan anggota dibantu 2,147 pegawai bomba bantuan, serta 8,421 ahli pasukan bomba sukarela daripada 369 pasukan di seluruh negara.

JBPM juga melaksanakan 709 operasi pemindahan mangsa banjir melibatkan seramai 5,193 mangsa bagi tempoh 5 November hingga 10 Disember.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI