fb fb fb fb fb

Keseronokan tujuh rakan mandi di tali air berakhir tragedi

FOTO JBPM PAHANG

KUANTAN, 17 Disember- Remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mandi-manda bersama enam lagi rakannya di kawasan tali air di Lorong Indera Sempurna 2, sini, ditemukan tidak bernyawa berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, pagi tadi.

Mayat, Muhammad Amirul Haikal Che Jaapa, 14, ditemukan pada pukul 10.03 pagi di kedudukan 1.6 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terdampar dan tersangkut pada pokok oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.

Mayat diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

SITI AISHAH BINTI MD ISA