(Foto fail)
ALOR SETAR, 29 Julai- Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Kedah ke-15 menyaksikan semua 36 kerusi DUN dipertandingkan.
Seramai 83 calon mewakili pelbagai parti politik termasuk calon bebas disahkan bertanding selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10.00 pagi tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan media memaklumkan bahawa daripada jumlah itu, 69 merupakan calon lelaki dan 14 calon wanita.
Pakatan Harapan (PH) meletakkan 21 calon, Barisan Nasional (BN) 15 calon; Perikatan Nasional (PN) 36 calon, Parti Rakyat Malaysia (PRM) 1 calon dan BEBAS 10 calon.
DUN Lunas menyaksikan jumlah calon paling ramai iaitu lima.
Manakala pertandingan tiga penjuru melibatkan enam kawasan, empat penjuru satu kawasan dan pertembungan satu lawan satu di 28 kawasan DUN.
Sementara itu, dari segi perbezaan usia, 12 calon berusia 30 hingga 39 tahun; 22 calon berusia 40 hingga 49 tahun; 25 calon berusia 50 hingga 59 tahun; dan 24 calon berusia lebih 60 tahun.
Calon Perikatan Nasional bagi kerusi DUN Kupang, Datuk Najmi Ahmad, 72, merupakan calon tertua bertanding dalam PRU DUN Kedah kali ini sementara calon termuda ialah Dinesh anak lelaki Muniandy, 30, yang bertanding sebagai calon BEBAS di Bukit Selambau.
(Kesemua kerusi DUN Kedah dipertandingkan)