fb fb fb fb fb

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bertambah baik, selepas Akta 514 dikuatkuasa

PETALING JAYA, 18 Mei- Landskap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) negara akan bertambah baik secara berperingkat, selepas Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; Akta 514 dikuatkuasakan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata perundangan yang lebih terperinci diperlukan bagi menjelaskan isu-isu penting terutamanya, sektor pembinaan.

"Industri binaan antara industri pemangkin dalam negara yang berkait rapat dengan sektor ekonomi lain dan merupakan barangan modal bagi menyediakan infrastruktur industri lain.

"Sehubungan itu, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) perlu diutamakan secara teliti dan komprehensif untuk memenuhi hasrat mewujudkan persekitaran dan tempat kerja yg lebih selamat dan sihat," katanya pada majlis Persidangan Tahunan Keselamatan dan Kesihatan Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia.

Seramai 300 peserta hadir pada persidangan tersebut dan terdiri daripada pemain industri binaan.

Persidangan itu memberi fokus terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam pengurusan industri binaan selain memberi penerangan berkaitan Akta 514.

(Mustapha Sakmud)

Media Baharu