IPOH, 26 Oktober- Lelaki warga emas yang ditemukan maut pada Jumaat disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Keputusan itu hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, tengah hari tadi.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abang Ahmad berkata siasatan masih diteruskan untuk mengetahui punca serangan.
Setakat ini, tiada tangkapan baharu dilakukan dan pihaknya masih mengesan suspek lain yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, mayat mangsa berusia 64 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di hadapan pintu masuk sebuah pasaraya di Klebang, Ipoh.
Tiada kesan kecederaan pada badan mangsa.
Polis turut menahan seorang perempuan warga tempatan berumur 24 tahun bagi membantu siasatan.
Suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 November depan, selepas pihaknya membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi tadi.