fb fb fb fb fb

Kes terima suapan, lima penjawat awam direman

Sumber SPRM

SHAH ALAM, 24 April- Lima penjawat awam direman tiga hari bermula hari ini sehingga 26 April kerana disyaki meminta dan menerima rasuah antara RM3,000 hingga RM15,000.

Ia sebagai balasan supaya tidak mengenakan pemotongan bayaran tuntutan bulanan ('Notice-To-Correct') bagi kerja-kerja kontrak pembersihan yang dijalankan sebuah syarikat pembersihan swasta di sekitar Shah Alam.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penahanan terhadap empat lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 30-an hingga 40-an itu dibuat ketika mereka hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut antara 2018 hingga 2020.

Wang rasuah yang diterima adalah secara pindahan ke akaun masing-masing.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM